EMPRO & UPROPERTY bekerjasama untuk repositori reka bentuk banglo

EMPRO (Madani Properties Sdn Bhd) kini telah bekerjasama dengan UPROPERTY untuk mempromosikan repositori pelbagai reka bentuk banglo untuk projek custom design & build di Malaysia terutama di Perak dan Selangor.

Base Design & Varian

Untuk lebih banyak pilihan, setiap reka bentuk terdiri daripada pelbagai varian atau sub-reka bentuk dari reka bentuk asas.

Varian ini menawarkan pilihan yang lebih baik untuk bakal pemilik bungalow untuk mencari reka bentuk terbaik yang sesuai dengan keutamaan reka bentuk mereka.

Dan, ia tidak berhenti setakat ini tetapi hingga kepada penyesuaian selanjutnya seperti ruang dapur, ruang makan dan ruang luaran banglo anda.

Kumpulan sasar

Koleksi reka bentuk dan varian banglo custom & build di UPROPERTY ini disasarkan kepada kakitangan kerajaan, swasta dan juga usahawan yang ingin memiliki banglo sendiridengan reka bentuk unik dan berbeza daripada apa yang baisanya ditawarkan di pasaran.

Bungalow Development One Stop Centre

Selain daripada membantu bakal pemilik banglo mengurangkan tekanan mencari idea reka bentuk banglo idaman, EMPRO juga menawarkan fungsi sebagai one-stop-centre untuk merealisasikan impian mereka termasuk financing sama ada melalui kemudahan pinjaman perumahan LPPSA, bank komersial atau simpanan sendiri.


Akses ke koleksi reka bentuk custom design & build banglo Madani Properties di UPROPERTY

Join The Discussion