Loading Events

« All Events

MGN PuasaRaya Sesi SediaNiaga 02-2025

February 24 | 9:00 AM - 10:00 PM

Free

Sesi ini khas bagi pengguna JERLINK & WASAP untuk menyelesaikan segala setup & memperkemaskan penampilan Online Business Point anda supaya sedia untuk mula mempromosi perniagaan anda.

Objektif Sesi

  • Membantu anda menyempurnakan setup JERLINK & WASAP anda supaya sedia untuk digunakan bagi tujuan berniaga secara rasmi.
  • Memastikan pengguna faham kaedah pengurusan berkaitan JERLINK & WASAP seperti pengurusan pesanan dan sebagainya.
  • Perkongsian kaedah mempromosi beserta saranan.

Bagaimana Sesi Ini Dilaksanakan

  • Sesi ini dibuka sepanjang hari di ibu pejabat MADANI Properties.
  • Pengguna (ahli/bukan-ahli) bagi JERLINK & WASAP boleh hadir ke sesi ini pada bila-bila masa sepanjang tempoh sesi.
  • Petugas akan memeriksa setup anda dan tahap pemahaman anda tentang pengurusan Online Business Tools anda supaya perniagaan anda lancar.

Persediaaan Kritikal (Sila sediakan sebelum hadir)

  • Pastikan anda telah pun mempunyai akaun pengguna JERLINK & WASAP.
  • Pastikan telah mempunyai nama perniagaan (tidak kira ada SSM atau tidak).
  • Sedia untuk share lokasi perniagaan anda (sama ada di rumah atau lain-lain) melalui Google Maps.
  • Sediakan senarai kategori produk.
    • Contoh 1: Kuih, Kek, Roti
    • Contoh 2: Baju Melayu, Baju Kurung
  • Sediakan gambar produk anda (sebesar yang mungkin) bagi setiap produk.
    • Contoh: Jika kuih bahulu, sila sediakan gambar bagi hanya seketul kuih bahulu. Bukannya sebalang atau beberapa ketul kuih bahulu.
    • Anda boleh dapatkan gambar sendiri atau membuat carian di internet.
  • Pastikan anda telah sedia dengan info harga atau pakej.

Persediaan Lain

  • Logo / lambang perniagaan (jika ada)

Info Lanjut

Untuk info lanjut, sila berhubung dengan Zone Manager berhampiran anda.

Details

Date:
February 24
Time:
9:00 AM - 10:00 PM
Cost:
Free
Event Category:

Venue

MADANI Properties KK (Kuala Kangsar)
Kuala Kangsar, Perak 33000 Malaysia

Organizer

MADANI Properties

Bukan Ahli MGN

0 Going
1 day left to RSVP
RSVP Here

MGN Members

0 Going
1 day left to RSVP
RSVP Here

Compare listings

Compare