
Sesi ini khas bagi pengguna JERLINK & WASAP untuk menyelesaikan segala setup & memperkemaskan penampilan Online Business Point anda supaya sedia untuk mula mempromosi perniagaan anda.
Objektif Sesi
- Membantu anda menyempurnakan setup JERLINK & WASAP anda supaya sedia untuk digunakan bagi tujuan berniaga secara rasmi.
- Memastikan pengguna faham kaedah pengurusan berkaitan JERLINK & WASAP seperti pengurusan pesanan dan sebagainya.
- Perkongsian kaedah mempromosi beserta saranan.
Bagaimana Sesi Ini Dilaksanakan
- Sesi ini dibuka sepanjang hari di ibu pejabat MADANI Properties.
- Pengguna (ahli/bukan-ahli) bagi JERLINK & WASAP boleh hadir ke sesi ini pada bila-bila masa sepanjang tempoh sesi.
- Petugas akan memeriksa setup anda dan tahap pemahaman anda tentang pengurusan Online Business Tools anda supaya perniagaan anda lancar.
Persediaaan Kritikal (Sila sediakan sebelum hadir)
- Pastikan anda telah pun mempunyai akaun pengguna JERLINK & WASAP.
- Pastikan telah mempunyai nama perniagaan (tidak kira ada SSM atau tidak).
- Sedia untuk share lokasi perniagaan anda (sama ada di rumah atau lain-lain) melalui Google Maps.
- Sediakan senarai kategori produk.
- Contoh 1: Kuih, Kek, Roti
- Contoh 2: Baju Melayu, Baju Kurung
- Sediakan gambar produk anda (sebesar yang mungkin) bagi setiap produk.
- Contoh: Jika kuih bahulu, sila sediakan gambar bagi hanya seketul kuih bahulu. Bukannya sebalang atau beberapa ketul kuih bahulu.
- Anda boleh dapatkan gambar sendiri atau membuat carian di internet.
- Pastikan anda telah sedia dengan info harga atau pakej.
Persediaan Lain
- Logo / lambang perniagaan (jika ada)
Info Lanjut
Untuk info lanjut, sila berhubung dengan Zone Manager berhampiran anda.